Sunday, 21 August 2011

~tanda tanda husn al-Khatimah~


Mati dalam iman menjadi impian dan harapan setiap Muslim. Husn al-Khatimah (kesudahan yang baik ) perlu diusahakan dari awal usia kerana mati itu datang tiba-tiba ( maknanya, tak ada pemberitahuan yang akan kasi tau kita akan mati). Usahakan agar biografi hidup kita berakhir dengan happy ending.
Antara tanda-tanda Husn al-Khatimah :-
1. Diakhiri dengan lafaz syahadah.
    Daripada Mu'az r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 'Sesiapa yang akhir kalimatnya mengucapkan la 
    ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga'. ( Riwayat Abu Daud dan al-Hakim )
2. Dahinya berkeringat.
    Ini berdasarkan hadis daripada Ibn al-Khasib berkata:'Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah s.a.w.
    bersabda (bermaksud) : 'Matinya seorang  mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Riwayat Ahmad, al-Nasa'i,
    al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain)
3. Mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat.
   Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud : "Tidaklah seorang Muslm yang wafat pada hari Jumaat
   atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya daripada seksa kubur." (Riwayat Ahmad)
4. Mati dalam keadaan sedang melakukan ibadah seperti mati ketika sedang solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.
5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati.

No comments: